Bukan seja sebab kita rasa bahagia bila kena peluk, tapi sebenarnya memeluk membawa banyak kesan positif ke atas minda dan fizikal kita tanpa kita sedar.
Fenomena ini sebenarnya telah lama dikaji dan dibuktikan oleh para saintis. (Cuba kamu baca artikel kajian berkaitan ‘pelukan’)
Hari ini, Sabahan Dot My ingin kongsikan kepada kamurang semua kenapa ‘memeluk’ ni baik.
1. Meningkatkan sistem imun badan
Dinyatakan kunu pelukan selama 20 saat atau lebih merupakan sesi terapi terbaik dimana memberi kesan positif kepada badan manusia dan membantu kita menentang penyakit.
2. Membantu menyekat keinginan untuk makan akibat stress
Pelukan menyatakan maksud sokongan dan rasa empati. Apabila kita dipeluk kita akan rasa disayang dan ini juga membantu kita menyekat keinginan untuk makan makanan yang tidak sihat (terutamanya apabila kita berasa sedih atau dalam tekanan).
3. Melambatkan proses penuaan
Dengan berkurangnya tahap stress dan membantu proses melawan keradangan (ndak pasti macam mana tu.. nanti kamu check sendiri ar..), memeluk menjadikan mekanisme penuaan semula jadi dalam badan kita berjalan pada kadar yang lebih perlahan.
4. Kekal tangkas dan memperbaiki kualiti hidup
Memeluk orang tersayang pada awal pagi akan membantu meningkatkan mood kita dan orang yang dipeluk secara ndak lansung membantu kita untuk cas bateri untuk menghadapi sepanjang hari yang tidak menentu.
5. Bantu hadapi saat-saat sukar
Bila sudah kena cas tenaga positif, badan dan minda kita sudah tentu dapat hadapi apa seja kesukaran dan boleh mencari jalan keluar dari setiap masalah (insya Allah).
6. Membuat kita lebih bahagia
Pelukan menyebabkan badan kita merembeskan hormon oxytocin, dimana hormon ini membantu kita dengan merasa gembira dan membantu mengukuhkan ikatan emosi antara pasangan atau ahli keluarga.
7. Membantu menghadapi depresi (kemurungan)
Memeluk bukan sahaja mengurangkan rembesan hormon tekanan, tetapi ia juga meningkatkan rembesan serotonin, yang dikaitkan dengan perasaan baik dan rasa bahagia. Semua ini berfungsi untuk bikin tenang sistem saraf dan memperbaiki keadaan emosi kita secara keseluruhan.
8. Memberi kesan menenangkan pada sistem saraf
Perbuatan memeluk mempunyai pengaruh penenang di kedua-dua jantung dan sistem saraf. Oleh itu, memeluk antara satu sama lain menyebabkan saraf kita lebih ‘relax’, menghilangkan tekanan terkumpul dan ketegangan dalam diri kita.
9. Meningkatkan keyakinan diri
Dengan memeluk ia buat kita berasa selamat. Ia menyebabkan kita kurang terdedah kepada rasa bimbang dan rasa tidak yakin. Apa-apa reaksi adalah sebahagian daripada naluri kita – ia membantu kita di peringkat bawah sedar dan memberikan kekuatan dalam menghadapi pelbagai kesukaran hidup.
10. Meluahkan perasaan yang tidak boleh diluah oleh kata-kata
Pelukan ialah bahasa universal bagi kita menyatakan perasaan seperti sayang, ambil berat dan sokongan kita pada orang sekeliling kita. Tidak kira bahasa apa yang kita cakap, setiap orang di dunia ni menggunakan pelukan sebagai bahasa kasih saying, sokongan dan ambil berat.
Jadi tunggu apa lagi, peluk la selalu orang-orang tersayang kamurang. Dorang dapat kebaikan kamurang pun dapat juga kan.
sumber Bright Side
Get real time updates directly on you device, subscribe now.
Next Post
Comments are closed.