Take a fresh look at your lifestyle.

5 artis kelahiran borneo yang MUNGKIN anda tidak tahu

156,437

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sabah dan Sarawak atau Malaysia Timur merupakan dua negeri yang terletak di kepulaun Borneo. Kepelbagaian dari segi etnik, tradisi dan budaya menjadikan dua negeri ini unik dan menarik. Malahan, industry hiburan juga terus berkembang sehingga ke hari ini.

Berikut merupakan 5 artis kelahiran Borneo yang mempunyai pencapaian yang baik dalam industri hiburan Malaysia.

5. Elicia Paujin

Elicia Paujin atau Angelica Paujin berasal dari Kampung Tibabar, Tambunan, Sabah merupakan Juara Mentor Milenia 2017.

Elicia yang merupakan protégé Akim Ahmad di Mentor Milenia 2017 telah berjaya menempah nama di dalam industri hiburan khususnya dalam bidang nyanyian.

Wanita yang berumur 21 tahun telah mengeluarkan single pertama beliau iaitu “Bila Nanti” dan mendapat lebih 61k views manakala lagu beliau yang berjudul “Momuhobo” berjaya meraih lebih 4.4 views di Youtube.

Mula berjinak-jinak dalam industri seawal 11 tahun dengan mengikuti pertandigan Idola Kecil 3 dan berjaya ke peringkat separuh akhir.

Tahun ini, beliau merupakan pemenang bagi rancangan reality hiburan nusantara iaitu “Stariser : Mencari Bintang Nusantara”.

4. Zizi Kirana

Zizi Kirana atau Nur Fazelah @ Zizie Binti Mad Tahil merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-7 pada 2009 yang berasal dari Semporna, Sabah.

Setelah itu, beliau juga menyertai kumpulan The Fabulous Cats dan seterusnya sebagai ‘rapper’ dalam kumpulan Nukilan.

Zizi, 35, juga berjaya memperluaskan sayapnya ke negera jiran, Indonesia setelah mewakili Malaysia dalam pertandigan TV reality Indonesia, D’Academy Asia musim kedua.

Eh, NAKKETAKNAK dan Boleh Jalan merupakan lagu-lagu popular beliau di Youtube yang mendapat lebih 14 Views.

3. Yana Samsudin

 

Pelakon siri filem Adnan Sempit yang memegang watak Wawa ini berketuruan Melayu, Jawa dan Bidayuh. Ayahnya berasal dari Yong Peng, Johor manakala Ibunya berasal dari Serian, Sarawak.

Yana atau Norliana Binti Samsudin, 36, merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip, penyanyi dan model wanita Malaysia. Beliau juga pernah memenangi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 2012.

Yana telah berkahwin dengan adik kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari sejak 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Kini, beliau bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan tapi juga aktif dalam menjadi streamer di Facebook page beliau, “YanasamsudinX” dengan bermain game seperti PUBG dan COD dan mempunyai 103,335 pengikut.

2. Hun Haqeem

Hun Haqeem, 22, merupakan artis kelahiran Kuching, Sarawak. Beliau merupakan pelakon baru dan juga model yang bergiat aktif sejak 2019.

Nama Hun Haqeem atau Haqeem Bin Hermy ini melonjat naik selepas memegang watak

“babyboo jakfar” dalam Kampung People tahun ini.

Selain daripada berlakon, beliau juga pernah berlakon dalam muzik video penyanyi terkenal tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berjudul “Siapa Tak Mahu” dan juga dalam muzik video “Hapus” oleh Masya Masyitah dalam tahun yang sama.

Tahun ini juga, nama beliau semakin dikenali selepas tercalon menjadi Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH).

1. Andi Bernadee

Mula viral selepas memuat lagu yang beliau cover di aplikasi Smule iaitu “Putus terpaksa” oleh Ziana Zain dan “Aku Bukan Abang Toyib” dan beliau  menjadi yang pertama di Malaysia yang di iklankan di aplikasi Smule secara global.

Andi Bernadee atau Andi Azrul Bin Andi Mapangile ini berumur 29 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mula bergiat aktif dalam hiburan seni seperti bidang nyanyian dan juga lakonan sejak 2017 dan merupakan bekas peserta Big Stage musim pertama.

Andi Bernadee yang berada dibawah naugan syarikat Warner Music Malaysia ini amat popular dengan lagu beliau yang berjudul “Donde” dengan lebih 24 juta views di Youtube.

Selain itu, lagu beliau yang berjudul “Satu Peluang” yang merupakan single kedua beliau telah dipilih sebagai lagu tema drama “Cik Reen & Encik Ngok Ngek” pada 2018.

Tahun ini, beliau juga telah tercalon dalam dua kategori iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Paling Boom Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH)

#ARTIS #SABAHAN #SARAWAKIAN #BORNEO #ARTISBORNEO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.