Kronologi kematian Sandra Dianne – “Brek mengejut”

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kepergian seorang penyanyi yang juga bintang Big Stage iaitu Sandra Dianne disebabkan kemalangan jalan raya. Dipercayai kemalangan itu berlaku disebabkan mangsa brek mengejut secara tiba-tiba sebelum kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbalik. Sebelum kemalangan berlaku dikatakan, mangsa pada ketika itu dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk […]

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kepergian seorang penyanyi yang juga bintang Big Stage iaitu Sandra Dianne disebabkan kemalangan jalan raya.

Dipercayai kemalangan itu berlaku disebabkan mangsa brek mengejut secara tiba-tiba sebelum kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbalik.

Sebelum kemalangan berlaku dikatakan, mangsa pada ketika itu dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk latihan penuh konsert Big Stage 3 minggu keempat yang berlangsung pada malam tersebut. Namun malang tidak berbau, kemalangan yang berlaku telah meragut nyawa mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang semalam di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran Subang Jaya, kereta mangsa  melanggar sisi kiri sebuah Nissan Almera yang berada di hadapannya akibat hilang kawalan. Pada ketika itu, mangsa memandu di lorong kanan sebelum tiba-tiba brek secara mengejut lalu melanggar dua lagi kenderaan yang berada di lorong yang sama. Azman juga berkata, kereta yang dipandu mangsa terbalik setelah merempuh tiga buah kenderaan.

Disebabkan kejadian ini, mangsa telah mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi pada 11 September 2020.

Sumber : MyMetro

 

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT