𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐒𝐄 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐞𝐣𝐚𝐬 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫

Pada 30 Jun 2024, banjir kilat telah berlaku dan beberapa kawasan di Penampang telah terkesan. Setakat ini kawasan Penampang dan Putatan telah diisytiharkan sebagai zon bencana. Usahawan sosial di Sabah turut terkesan, terutama mereka yang mempunyai pusat komuniti dan semua produksi yang dikeluarkan untuk dijual telah musnah dan ditenggelami air. Bencana ini adalah terbesar semenjak […]

Pada 30 Jun 2024, banjir kilat telah berlaku dan beberapa kawasan di Penampang telah terkesan. Setakat ini kawasan Penampang dan Putatan telah diisytiharkan sebagai zon bencana. Usahawan sosial di Sabah turut terkesan, terutama mereka yang mempunyai pusat komuniti dan semua produksi yang dikeluarkan untuk dijual telah musnah dan ditenggelami air. Bencana ini adalah terbesar semenjak banjir 1999.

Atas rasa tanggungjawab, Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) dan Sabah Techpreneur Association (SATA) telah mengambil keputusan untuk mengumpul dana bagi membantu usahawan sosial didalam pangkalan data kami yang terkesan dengan bencana ini dan cuba membangunkan semula pusat komuniti mereka yang musnah.

Kami berharap anda dapat memberi sumbangan kepada mereka. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Usahawan sosial di Sabah bukan sahaja kehilangan barangan fizikal. Mereka telah kehilangan peluang untuk terus menyokong komuniti mereka, terutamanya pusat-pusat komuniti yang berfungsi sebagai tempat perlindungan dan ruang pembelajaran bagi ramai yang memerlukan. Banjir ini telah memusnahkan bangunan dan mesin serta impian dan aspirasi, bukan sahaja SE tetapi juga komuniti yang mendapat manfaat daripadanya.

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐩𝐫𝐞𝐧𝐞𝐮𝐫 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 (𝐒𝐀𝐓𝐀) SATA 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐟 & 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 (𝐒𝐂𝐄𝐍𝐈𝐂) Sabah Creative Economy and Innovation Centre, menyedari bahawa bantuan yang lebih besar diperlukan untuk membantu mereka bangkit semula. Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif untuk memulakan kempen pengumpulan dana melalui Kitafund (https://kitafund.com/campaign/17398).

Kami benar-benar berharap kempen ini akan berjaya supaya kami dapat membantu komuniti di luar sana menerima keperluan yang sewajarnya. Terima kasih, *#BlessedDonor*, atas segala kebaikan anda!

Mari kita bersama-sama meringankan beban mereka yang terjejas. Setiap sumbangan amat bermakna!

#BantuanKilat#banjirpenampang#BanjirSabah#socialenterprise

#KitaFund#MariBantu#communitybuilders

#pitchborneoalumni

https://kitafund.com/campaign/17398

epeacetux

Senior Editor
Aku adalah orang
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT