Awal & Scha dikecam sambut Krismas, ini jawapan Awal.

Pada 25hb Disember yang lalu, selebriti tanah air Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah menghadiri sambutan Krismas yang diadakan oleh kenalan mereka. Awal Ashaari telah memuat naik foto mereka sekeluarga iaitu Scha Alyahya serta anak mereka, Lara Alana bersama ‘pokok krismas’ dan mengenakan tema baju tidur semasa menghadiri undangan tersebut. Namun, disebalik foto tersebut, beliau […]

Pada 25hb Disember yang lalu, selebriti tanah air Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah menghadiri sambutan Krismas yang diadakan oleh kenalan mereka.

Awal Ashaari telah memuat naik foto mereka sekeluarga iaitu Scha Alyahya serta anak mereka, Lara Alana bersama ‘pokok krismas’ dan mengenakan tema baju tidur semasa menghadiri undangan tersebut.

Namun, disebalik foto tersebut, beliau dan keluarga telah dikecam dan mendapat pelbagai kata-kata negatif dari netizen. Para netizen beranggapan bahawa tindakan Awal dan keluarganya menyambut perayaan penganut agama lain adalah tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.

Selepas menerima kecaman dari netizen, Awal telah tampil memberi penjelasan mengenai foto sambutan Krismas yang beliau muat naik di Instagram tersebut.

“Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya non-muslim yang menyambut Krismas.”

beliau berkata lagi, sebagai kawan pasti akan mendapat jemputan utnuk menziarahi satu sama lain sama seperti Hari Raya dan lain-lain.

“Orang Kristian pun respect agama kita. Diorang selalunya beli makanan kat restoran halal so that kita rasa selesa. Diorang tak minum pun depan kita sebab hormat” tambah beliau lagi.

 

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT