APA ITU VAKSIN DOS PENGGALAK?

Tahukah anda? Bermula 21 Oktober lalu, penerima vaksin Coronavac yang lengkap divaksinasi sekurang-kurang selepas tiga bulan, perlu diberikan dos penggalak daripada jenis berbeza (heterolog) iaitu vaksin Comirnaty. Keutamaan penerimaan dos penggalak adalah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas, petugas barisan hadapan dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain.

 

SUMBER : http://api.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/740434/covid-19-kuarantin-di-rumah-bukan-punca-bid

 

Pakar Virologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim berkata, tujuan utama pemberian dos penggalak adalah untuk memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai dan dikecapi terhadap jangkitan SARS-CoV-2. Menurutnya, ini berikutan saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan berlaku kemerosotan dalam gerak balas imun selepas satu tempoh tertentu selepas pengambilan vaksin.

 

“Pengambilan dos penggalak akan membantu meningkatkan semula gerak balas imun terhadap jangkitan sebenar virus sama ada daripada varian asal ataupun varian yang membimbangkan (VOC) yang masih berlegar.

“Kebelakangan ini, bilangan kemasukan ke hospital dan memerlukan rawatan bantuan pernafasan dan perhatian di unit rawatan rapi (ICU) mula meningkat.

 

Dr Nazlina berkata, satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah kemerosotan gerak balas imun terhadap pelbagai jenis vaksin Covid-19 dan jangkitan sebenar SARS-CoV-2 memang berlaku.

Beliau berkata, ini diketahui melalui kajian pemantauan antibodi dan sel B dan sel T penerima vaksin serta bekas pesakit Covid-19.

“Galakan pengambilan vaksin bukan satu propaganda pembekal vaksin, tetapi berdasarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam gerak balas keimunan yang khusus terhadap SARS-CoV-2 dan persediaan vaksin berkaitan.

“Penerimaan vaksin gabungan berkesan memberikan perlindungan keimunan tambahan dan tidak membahayakan.

“Kesan sampingan yang lebih teruk mungkin dirasai dalam segelintir penerima. Namun, risiko ini lebih kecil berbanding jika mendapat jangkitan sebenar virus SARS-CoV-2,” katanya.

 

Dapat disimpulkan bahawa dos vaksin penggalak COVID-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series).

Dos penggalak vaksin COVID-19 merupakan dos pemberian vaksin bagi seseorang yang pada awalnya mempunyai tindak balas imun yang cukup terhadap pemberian vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series) tetapi mungkin menjadi semakin berkurang dari semasa ke semasa.

 

Antara golongan yang diberikan keutamaan untuk pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 pada masa ini adalah:
SUMBER : https://www.sinarharian.com.my/article/165016/KHAS/Covid-19/Dos-penggalak-disyor-guna-vaksin-berbeza-Khairy
1. Dos Ketiga: Golongan immunocompromise atau yang mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan yang dianggarkan seramai 11,900 orang.
2. Dos Penggalak: Warga Usia Emas iaitu mereka yang berusia lebih 60 tahun seramai 80,300 orang dan Petugas Barisan Hadapan Perubatan seramai 30,340 orang.

 

Jika anda layak menerima dos penggalak, ini adalah langkah yang anda perlu patuhi untuk mendaftar sebagai senarai menunggu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta. Anda boleh layari http://protecthealth.com.my untuk senarai penuh PPV fasiliti kesihatan swasta terlibat. Anda juga boleh hubungi pihak PPV melalui telefon, emel mahupun secara walk-in bagi bertanya tentang vaksin dos penggalak ini.