,

Peningkatan Kes Covid Di Sabah,Aeril Zafrel Hulurkan Bantuan?

Pada 20hb Oktober 2020, pelakon dan model lelaki terkenal tanah air, Aeril Zafrel atau nama sebenar beliau Suhairil Bin Sunari, 32, berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Sabah yang terjejas dengan pandemik ini. Melalui satu posting beliau di Instagram berkata “orang Sabah yang terkesan dengan covid, zon merah terutamanya yang memerlukan bantuan sila dm sekarang”. […]

Pada 20hb Oktober 2020, pelakon dan model lelaki terkenal tanah air, Aeril Zafrel atau nama sebenar beliau Suhairil Bin Sunari, 32, berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Sabah yang terjejas dengan pandemik ini. Melalui satu posting beliau di Instagram berkata “orang Sabah yang terkesan dengan covid, zon merah terutamanya yang memerlukan bantuan sila dm sekarang”.

Bagi rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya yang berada di zon merah dialu-alukan untuk menghubungi beliau di Instagram melalui “Direct Message”. Selain itu, artis-artis tempatan yang lain juga memberikan pandangan yang positif terhadap inisiatif yang dilakukan oleh beliau. Semoga bantuan-bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

Photo Credit: @Aeril_Zafrel

Aeril Zafrel telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Hawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal, 29 yang juga merupakan seorang pelakon kelahiran Sabah pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya, 10 bulan.

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT