,

5 Sukan rakyat yang popular di SABAH. No 5 masuk peringkat antarabangsa ..

Masyarakat majmuk di Sabah terkenal dengan pelbagai jenis budaya, kepercayaan serta amalan dalam kehidupan seharian mereka. Kepelbagaian ini merupakan hasil warisan dan khazanah yang diwarisi secara turun-temurun dari nenek moyang.   1. Rampanau Permainan tradisi yang dikenali sebagai Rampanau ini merupakan salah satu sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat Dusun terutama di daerah Tambunan, Ranau, […]

Masyarakat majmuk di Sabah terkenal dengan pelbagai jenis budaya, kepercayaan serta amalan dalam kehidupan seharian mereka. Kepelbagaian ini merupakan hasil warisan dan khazanah yang diwarisi secara turun-temurun dari nenek moyang.

 

1. Rampanau

Permainan tradisi yang dikenali sebagai Rampanau ini merupakan salah satu sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat Dusun terutama di daerah Tambunan, Ranau, Keningau dan di beberapa daerah lainnya.

Permainan ini  turut dipertandingkan di peringkat sekolah-sekolah.

Sukan Rampanau atau berjalan menggunakan galah yang diperbuat daripada bambu ini adalah sejenis sukan tradisi yang sering dimainkan oleh masyarakat Kadazan-Dusun semasa waktu lapang.

Untuk pengetahuan kamurang, dulu-dulu Rampanau ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh orang-orang zaman dulu untuk menyeberangi parit, sungai atau Kawasan yang berlumpur.

Nama panggilan untuk sukan Rampanau ini juga adalah berbeza mengikut daerah.. ada yang menyebutnya sebagai Minsurukud bagi penduduk Tambunan dan ada juga menamakannya kurungkud.

Permainan ini dulu selalu dimainkan semasa menyambut pesta kaamatan, namun kini ianya jarang dimainkan oleh masyarakat zaman sekarang keranag pengaruh arus pemodenan zaman.

Batang bamboo (3m-10m) yang direka khas dengan ketinggian yang berbeza seperti kasut tinggi dan para peserta akan menaikinya. Permainan ini memerlukan keseimbangan badan yang baik.

Dahan sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki berukuran kira – kira 8cm dan 5cm.

 

2.Sepak Manggis

Sepak Manggis merupakan salah satu sukan tradisi dari suku kaum Bajau dan Dusun Tindal dari Kota Belud, Sabah. Sukan Tradisi ini biasanya dimainkan semasa menyambut pesta keramaian seperti majlis perkahwinan.

Peralatan yang perlu ada hanya sebuah bola takraw, satu batang bamboo Panjang kotak yang dihias dengan wang, gula-gula, makanan ringan, sapu tangan, rokok atau sebagainya

Bambu atau buluh yang panjangnya kira-kira 15m – 25m dipacakkan diatas tanah dan kotak yang telah dihias serta berisikan hadiah tadi akan diikat dihujung bamboo.

Mengikut adat, pasangan pengantin diiringi pengapit bersama ibu bapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak 7 kali.

Lepas itu, pengantin perempuan akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola takraw ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu.

Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti pengapit, Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula.

Orang ramai juga boleh beratur untuk mendapat giliran menyepak bola takraw tersebut.

Permainan ini juga merupakan satu keseronokan. Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah didalam kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut.

Jika tiada pemenang maka jarak kotak tersebut direndahkan sehinggalah ada seorang pemenang.

 

3. Momolositik

KIULU 20 Mei 2013. ADUN N11 Kiulu YB Datuk Joniston Bangkuai dan Ahli Parlimen P170 Tuaran YB Datuk Madius Tangau turut mencuba acara “momolositik” pada Sukan Rakyat sempena Pesta Ka’amatan Daerah Tuaran 2013 yang akan diadakan di Pekan Kiulu pada 21 Mei 2013.STR/Lano Lan

Momolositik atau dalam bahasa melayu melastik merupakan aktiviti kaum Kadazan-Dusun semasa memburu binatang dan digunakan sebagai salah satu senjata semasa peperangan pada zaman dahulu ketika senapang belum wujud lagi.

Lositik ini biasanya diperbuat daripada dahan kayu yang bercabang dan dihujung kedua-dua cabangnya diikat dengan getah.

Tempat menyimpan peluru iaitu minulang diperbuat daripada cebisan kasut lama ataupun kulit binatang seperti rusa,

manakala pelurunya pula adalah batu, guli dan tanah liat yang diambil dari lereng bukit atau dasar sungai yang akan dibentuk seperti ketulan batu seterusnya dijemur sehingga keras.

Sekarang, aktiviti momolositik ini lebih sering diadakan sebagai pertandingan dalam acara keramaian seperti Pesta Kaamatan, perkahwinan dan sambutan hari keluarga di Sabah.

 

4. Tarikh tali

Tahuhkah anda bahawa permainan atau sukan tarik tali ini sudah dipertandingkan di peringkat antarabangsa ?

Pasukan Tarik Sali Sabah (SATWA) pernah mendapat pingat gangsa menyaingi jaguh-jaguh dunia dalam Kejohanan Tarik Tali Terbuka Singapura 2019 yang berlangsung di Republic Polytech Singapura pada 3 Ogos 2019 lalu.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Singapura dengan kerjasama Persatuan Tarik Tali Singapura (STWA) dan telah diikuti oleh beberapa team dari empat buah negara iaitu SIngapura, Malaysia, Chines Taipei (Taiwan) dan China.

Permainan ini melibatkan dua regu iaitu 5 orang atau lebih satu pasukan. Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta memegang erat seutas tali.

Di tengah-tengah terdapat garisan. Masing-masing regu berupaya menarik tali sekuat mungkin agar regu yang berlawanan melepasi garis batasan. Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.

Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan tangan menarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah.

Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.

 

5. Mipulos ( Gusti lengan )

Sukan satu ni mesti tidak asing kan, tapi tahukah anda bahawa sukan gusti tangan ini turut dipertandingkan di peringkat dunia ?

Ya, dan yang paling menarik adalah atlet Gusti tangan Sabah iaitu Joffey Jolly mengejutkan dunia apabila meraih  pingat emas bersejarah pada Kejohanan Gusti Lengan Dunia Terbuka IFA yang berlangsung di Rumia, Poland dari 3-6 Disember 2019.

      

Mipulos atau gusti lengan antara permainan tradisi bagi masyarakat di negeri ini dan biasanya dilakukan pada majlis keramaian atau sambutan Pesta Kaamatan.

Ia adalah permainan kadazan tradisional yang tujuan utamanya adalah untuk mengeratkan hubungan antara orang Kadazan.

Permainan ini boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan latar belakang. tidak memiliki unsur menimbulkan kebencian terhadap pesaing tetapi hanya untuk keseronokan.

Kepentingannya adalah sebagai medium untuk berinteraksi dengan masyarakat (menjalin hubungan baru dengan rakan-rakan), Memupuk perpaduan menguji kekuatan lengan.

 

ha.. best kan.  sebenarnya masih banyak lagi sukan rakyat di Sabah ni yang best-best. Cuba comment game favorite kamu.. Tapi apapun, masa-masa pandemik sekarang ni kita perlu patuh SOP dan stay at home kio.

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT