5 Pulau peranginan bertaraf dunia yang ada di Sabah!

Keindahan pulau-pulau yang terdapat di Sabah merupakan salah satu tarikan atau keunikan bagi negeri di bawah bayu ini. Laut biru, pasir putih yang terpapar digelar  sebagai ‘Maldives Asia Tenggara’. Mari kita lihat 5 pulau menarik ini..   1. Pulau Mabul- Semporna Pulau mabul terletak di daerah Semporna yang berkeluasan seluas 21 hektar lebih besar daripada […]

Keindahan pulau-pulau yang terdapat di Sabah merupakan salah satu tarikan atau keunikan bagi negeri di bawah bayu ini. Laut biru, pasir putih yang terpapar digelar  sebagai ‘Maldives Asia Tenggara’.

Mari kita lihat 5 pulau menarik ini..

 

1. Pulau Mabul- Semporna

Pulau mabul terletak di daerah Semporna yang berkeluasan seluas 21 hektar lebih besar daripada Pulau Sipadan. Ianya merupakan antara pilihan pelancong khususnya dari luar negara. Menariknya pulau ini adalah keindahan hidupan marin dan juga keunikan budaya masyarakat Bajau laut.

Selain itu, aktiviti menyelam skuba merupakan aktiviti utama di pulau ini. Memang sesuai kepada pengunjung yang minat dengan aktiviti skuba. Selain itu,  antara hidupan laut yang terdapat di sini juga tapak sulaiman, kuda laut, ikan goby, belut ular dan lain-lain.

 

Keindahan air laut tidak kira pagi atau malam di pulau Mabul ini juga menjadikannya salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung di sini. Pengunjung juga boleh melihat sunset dan bagi yang belum tahu Pulau Mabul juga dikatakan sebagai salah satu lokasi fotografi Makro terhebat di dunia. Woww hebatnya..

 

2. Pulau Mantanani- Kota Belud

Pulau Mantanani merupakan sebuah pulau yang sangat indah mempesona dan ianya merupakan salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancong luar negara serta  masyarakat tempatan. Pulau ini terletak di daerah Kota Belud yang terletak lebih kurang 70km dari bandar Kota Kinabalu.

Mungkin ada di antara kita yang belum mengenali pulau indah mempesona ini kan.. terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Mantanani ini termasuklah snorkeling. Aktiviti snokerling di pantai ini adalah amat wajib kerana anda dapat melihat keindahan dasar laut.

Selain itu, antara tarikan di dalam laut adalah anda akan dapat melihat dugong yang bernama Nicky. Dugong itu akan bermain atau berkawan dengan penyelam dan menghasilkan ombak. Namun begitu, pengunjung disarankan oleh penyelam berpengalaman untuk menjarakkan diri daripada dugong ini untuk langkah berjaga-jaga.

   

Bukan itu sahaja, pada waktu malam anda dapat melihat fenomena plankton ataupun  air di pesisiran pantai bertukar menjadi biru. Ianya merupakan salah satu keunikan yang terdapat di pulau ini. Namun begitu ada sumber mengatakan fenomena ini boleh dilihat setiap tahun pada bulan mac hingga julai sahaja.

 

3. Pulau Sipadan – Semporna

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau yang berhampiran dengan daerah Semporna. Pulau ini merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Pulau Sipadan ini sebenarnya salah satu destinasi tempat skuba terbaik di dunia. Di dasar laut terdapat pelbagai spesis yang menarik antaranya adalah ikan, terumbu karang, penyu dan lain-lain lagi. Para pengunjung yang ingin menyelam pasti akan terpesona dengan keindahan dasar laut yang berwarna-warni.

Selain itu, Pulau Sipadan ini juga dikenali sebagai persinggahan bagi penyu-penyu jenis sisik dan belimbing untuk bertelur. Ianya merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung untuk melihat secara depan mata kehidupan penyu.

 

Namun begitu, peraturan masa yang ditetapkan untuk berkunjung ke pulau tersebut sehingga pukul 6 petang sahaja untuk mengelakkan sebarang kerosakan, kebersihan serta keselamatan marin.

 

4. Pulau Sapi 

Pulau Sapi merupakan sebuah pulau kecil seluas 25 ekar terletak di daerah Kota Kinabalu. Ianya kecil berbanding dengan pulau Manukan. Namun begitu, pulau ini memiliki pantai terbaik dan cantik serta terkenal di kalangan pelancong. Pantai ini popular di kalangan pelancong bagi aktiviti menyelam mahupun snorkeling.

Pulau Sapi yang dibangunkan dengan kemudahan seperti jeti, tempat berkelah, memanggang dan mempunyai bilik persalinan. Dengan adanya kemudahan lengkap yang disediakan oleh pihak mereka telah menjadikan tempat pelancongan tersebut lebih menarik.

 

Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan di pulau ini termasuklah berkelah, Coral Flyer Zipline, Scuba diving, fotografi dan bermalam di pantai. Bukan itu sahaja, mereka juga ada membuat aktiviti hiking.. kepada yang minat hiking tu bolehlah kamu pigi sini.. hehehe. Pulau sapi juga terkenal dengan air laut bewarna turqoise iaitu biru kehijauan.. woww cantik kan..

 

5. Pulau Tiga

Pulau tiga terletak di Kota Kinabalu. Pulau ini dinamakan sempena tiga bukit yang boleh dilihat jika anda menghampiri pulau itu. Menariknya tentang pulau ini adalah keindahan flora dan fauna, pantai yang putih indah mempesona. Selain itu, pulau ini juga kaya dengan hidupan marin dan mereka menyediakan  peluang snorkeling dan menyelam.

Bukan itu sahaja, pulau ini juga mempunyai beberapa gunung berapi lumpur dan ianya merupakan tempat rekreasi yang terkenal untuk pelancong.

 

Hidupan liar juga sering dilihat oleh pengunjung antaranya adalah burung botak, biawak dan pelbagai hidupan burung termasuklah helang dan juga burung pantai. Di pulau sapi ini juga terdapat hidupan laut di persisiran pulau ini seperti penyu. Menarik bukan..

Keindahan laut biru pulau-pulau negeri di bawah bayu ini menjadikannya satu kebanggaan buat rakyat Sabah.. Proud to be Sabahan..

 

Senior Editor
Share this:

Comments

No comments yet. Leave a reply to start a conversation.

Comments are closed

Subscribe to Zoned

By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.

ADVERTISEMENT

Recommended

ADVERTISEMENT