Sebut sahaja Gunung Kinabalu, memang semua orang tahu kan, bukan sahaja dalam kalangan rakyat Sabah dan seluruh warga Malaysia bahkan juga popular di luar negara. Dengan ketinggian yang mencecah 4,095 meter dari paras laut, ia menjadi gunung tertinggi di rantau Nusantara selain Pulau Papua. Gunung Kinabalu ini terletak di Kundasang, Ranau, Sabah. ia banyak menarik […]
Sebut sahaja Gunung Kinabalu, memang semua orang tahu kan, bukan sahaja dalam kalangan rakyat Sabah dan seluruh warga Malaysia bahkan juga popular di luar negara.
Dengan ketinggian yang mencecah 4,095 meter dari paras laut, ia menjadi gunung tertinggi di rantau Nusantara selain Pulau Papua. Gunung Kinabalu ini terletak di Kundasang, Ranau, Sabah.
ia banyak menarik perhatian para pendaki bukan saja dari dalam negara tetapi di seluruh dunia. Puncak ketinggiaan ini tentunya memberi cabaran tersendiri bagi para penggemar aktiviti lasak.
Unik dan Istimewa kan? Tapi ada lagi 5 Fakta lain yang kamurang perlu tahu kenapa Gunung Kinabalu ini menjadi lambang kemegahan serta kebanggaan rakyat Sabah dan bahkan seluruh Malaysia
1. Tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Taman Negara Kinabalu yang memiliki keluasan 754 km persegi ini telah diwartakan pada tahun 1964. Ia dinobatkan sebagai Gunung tertinggi di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
Pada tahun 2010 ia disenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan merupakan lokasi pertama di Malaysia berada dalam senarai berkenaan.
2. Terbentuk dari batuan beku dan kubah granit yang berusia jutaan tahun lalu
Gunung Kinabalu ini terbentuk daripada kubah granit dan batuan beku yang berbentuk bujur ketika magma pecah ke permukaan kerak bumi jutaan tahun yang lalu, ia dianggarkan berusia lebih 10 juta tahun yang lalu.
3. Ketiga tertinggi di Asia
Gunung yang tertinggi di Malaysia ini merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara, di belakang Gunung Hkakabo Razi di Myanmar dan Puncak Jaya di Indonesia.
4. Lebih 5000 spesies Flora dan Fauna
Terdapat lebih daripada 5,000 spesies flora dan fauna yang hidup dan tumbuh di sekitar Gunung Kinabalu. Sekiranya ada mendaki, pasti akan menemui pelbagai jenis spesies di lereng bawah gunung dan lebih banyak spesies asli dan unik di bahagian yang lebih tinggi.
Pelbagai habitat dari hutan hujan tropika, kawasan rendah tropika, hutan separa alpine, hutan gunung tropika, dan tumbuhan renek ke aras tinggi.
Kepelbagaian yang terdapat di sini yang meliputi tumbuhan dari China, Australia, Himalaya, dan banyak lagi, taman negara ini telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara.
5. Menyimpan pelbagai mitos dan cerita misteri
Masyarakat dusun yang tinggal di Kawasan berhampiran percaya bahawa, gunung Kinabalu tersebut memiliki semangat. Tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu yang menimpa sabah pada tahun 2015 lalu dipercayai akibat semangat Aki Nabalu yang sedang marah.
Sedikit pengetahuan juga, menurut kepercayaan masyarakat Dusun yang tinggal berhampirannya, gunung ini merupakan tempat persemadian semangat atau Roh orang yang telah meninggal dunia.
Oleh sebab itu juga, dilarang sama sekali bergurau berlebihan semasa mendaki atau berada di puncak gunung ini kerana dipercayai akan membawa malapetaka.
Selain itu, tidak kurang juga segelintir masyarakat dusun yang mempercayai bahawa, di sebalik Gunung, terdapat seekor naga yang menjaga tempat tersebut, namun kesahihan cerita masih belum dapat dibuktikan.
Demikianlah serba sedikit fakta mengenai Gunung Kinabalu yang wajib anda tahu. Apapun, bangga jadi orang Sabah kan.
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.