4 tempat makan/restoran menarik di Sabah ! buli tahan, sadap bah ..

Sabah negeri di bawah bayu terkenal dengan tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia. Wujudnya kepelbagaian etnik di negeri ini terdapat pelbagai tempat makan ataupun restoran yang boleh dikunjungi.

Bila sudah puas berjalan-jalan mesti perut terasa lapar kan.. Jadi disini admin kongsikan beberapa restoran yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar ataupun orang tempatan.

 

  1. ROCKFIRE CAFE, KENINGAU

Nikmati masakan timur tengah yang sedap hanya di Rockfire Cafe Keningau. Bagi orang Sabah yang craving masakan timur tengah ni boleh lah singgah di Restoran tersebut.

Pelbagai menu yang mereka sediakan antaranya adalah Nasi Arab Mandy Ayam, Nasi Arab Mandy Kambing dan Nasi Arab Mandy Lamb Shank. Wow! admin pun terliur nampak menu dorang ni… Bukan itu saja menu seperti Steambot juga terkenal di restoran ini.

Selain itu, masakan Western, Ala carte dan Korean food pun ada di Cafe Rockfire ni. Tidak perlu lagi pergi luar negara di negeri sendiri pun ada bah.. hehehe

Perkhidmatan delivery dan foodpanda juga mereka sediakan bagi yang berada di bandar Keningau atau di sekitar Cafe yang berjarak 10km. Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang sendiri ke kedai mereka bolehlah menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bah! orang Keningau yang dekat-dekat tu apa lagi, Cuba jangan tidak cuba..

 

  1. KENTIN BAKUT, TUARAN- Famous Tom Yam

Tom Yam yang memiliki ciri-ciri rasa masam dan pedas merupakan makanan yang sangat laris sekarang. Bah siapa yang suka makan Tom Yam tu tidak perlu lagi kamurang susah-susah dan bolehlah cari sini Kantin Bakut Tuaran, setanding dengan masakan Thai yang asli.

Bukan itu sahaja, di kantin Bakut ini mereka menyediakan kira-kira 5 ruang gerai makanan. Selain itu, menu-menu yang dipaparkan sangat jelas dan memudahkan pelanggan untuk memilih menu yang mereka mahu.

Antara menu-menu yang disediakan termasuklah tom yam makanan laut, Ham choi kepala ikan. Tom yam goreng dan lain-lain. Walaupun tempat makan nampak seperti gerai kecil namun siapa sangka menu tom yam tersebut dimasak sangat sedap dan yang paling penting puas hati kenyang bah..

Menariknya kantin bakut ini kebanyakannya menu mereka berasaskan makanan laut.  Ianya sangat sesuai kepada orang-orang di luar sana yang gemar makan makanan laut.

 

  1. D’PLACE KINABALU, KEPAYAN

Kepelbagaian etnik yang ada di sabah menjadikan negeri tersebut mempunyai pelbagai makanan tradisi. Percutian ke negeri di bawah bayu tidak lengkap jika anda tidak mencuba makanan etnik Sabah. D’Place Kinabalu merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan tradisi yang halal daripada suku kaum Kadazandusun dan Murut.

Antara makanan tradisi yang terdapat di restoran ini adalah  Pinasakan Sada (stu ikan ampap), Hinava (ikan mentah yang diperah dengan limau serta bahan sampingan), Linopot (nasi dibungkus menggunakan daun pisang) dan juga Ambuyat dan lain-lain.

Selain itu juga, terdapat bufet makan tengahari dan juga malam. Hidangan ala-carte juga disediakan pada waktu tengahari.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat melihat persembahan tarian kebudayaan seperti Kadazan, Murut serta Melayu. Ianya merupakan salah satu keistimewaan restoran ini.. woww! menarik kan..

Bah! Kepada pengunjung yang ingin merasa makanan tradisi ini bolehlah datang ke Restoran D’Place Kinabalu.

 

  1. MEE TAUHU PLAZA DAMAI, TAWAU

Mee tauhu merupakan salah satu hidangan yang amat terkenal di daerah Tawau. Menu ini menjadi menu sarapan utama bagi masyarakat di daerah sana.

Mee tauhu ini terdiri daripada mee goreng dengan telur mata lembu, tauhu sumbat berisi ikan dan terung masak taucu serta sambal belacan. Jadi kepada yang ingin melancong ke Tawau jangan lupa untuk mencuba hidangan tersebut.

Kepada pelancong yang ingin makan mee tauhu tapi tidak berkesempatan untuk berkunjung ke tawau, jangan risau kamu boleh berkunjung ke Restoran Mee tauhu corner yang terletak di Kota Kinabalu.

Menu seperti mee goreng tauhu juga dihidangkan di restoran tersebut.

Sabah bah ni..