Siapa saja yang tidak suka kopi? Sensasi yang kita dapat semasa menghirup kopi tu sangat-sangat luar biasa. Mungkin segelintir orang tidak suka kopi atau memang tidak terbiasa minum kopi. Jadi artikel kali ni khas untuk penggemar-penggemar kopi diluar sana. Untuk pengetahuan kamu, kopi ada kebaikan tersendiri apa lagi kalau tanpa gula. Jadi hari ni min nak kongsikan 3 kebaikan minum kopi tanpa gula.
sumber: https://bp-guide.id/AXcz8zkr
Mungkin tidak ramai yang tau tapi kopi tanpa gula ni dapat membantu kita untuk menurunkan berat badan. Kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme kita dan membakar lemak kita secara cepat. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, satu cangkir kopi yang diambil dari biji giling mempunyai 2 kalori. Setiap pagi, kita mesti sudah terbiasa minum kopi dengan keluarga ataupun kawan rapat kita. Jadi kopi ini kadang kala baik untuk melancarkan dan meningkat proses-proses penting dalam tubuh badan kita
Satu kajian daripada Dr. Abhishek Mohan di Old Dominion University di Norfolk, Virginia mengatakan bahawa kopi hitam tanpa gula dapat mengurangi kadar protein beta amiloid sebanyak 50%. Protein tersebut adalah jenis destruktif yang ditemukan di otak penderita Alzheimer. Pada penyakit Alzheimer, sel-sel otak yang memproses, menyimpan, dan mengambil informasi merosot dan mati. Kafein dalam kopi hitam dapat membantu untuk membersihkan tubuh dari beta amiloid sehingga mengurangi risiko penyakit Alzheimer.
Orang tua kata kopi ni merupakan ubat tradisional atau pun ubat asli yang mereka pakai suatu ketika dulu kerana pada masa itu perubatan canggih dan moden belum lagi ada. Mungkin itulah sebabnya kopi ini dijadikan santapan harian kita.
Bagi peringkat remaja atau dewasa, setiap kali sarapan, balik dari tempat kerja, lepak dengan kawan atau pun berehat sebentar, kopi merupakan pilihan utama kita. Kenapa? sebab sensasi yang kita dapat daripada minum kopi lain daripada yang lain. Dalam erti kata lain, kopi seakan-akan ubat penenang bagi kita. Tetapi, jika kita kerap meminum kopi atau secara berlebihan, ianya tetap tidak baik untuk kesihatan kita kerana kopi mengandungi akrilamida yang boleh menyebabkan kanser. Tapi untuk kadar yang normal ataupun hanya pada masa tertentu, kopi adalah minuman yang terbaik.
Artikel menarik: https://sabahan.my/blog/10-cara-melupakan-masa-silam-dan-move-on/
No comments yet. Leave a reply to start a conversation.
By signing up, you agree to receive our newsletters and promotional content and accept our Terms of Use and Privacy Policy. You may unsubscribe at any time.