Dalam hidup kita pasti ada benda yang kita akan rasa dimana fasa melupakan masa silam dan “move on” yang tidak dapat dielakkan lagi bagi mereka yang pernah bercinta.
Perpisahan, kehilangan dan kekecewaan selalunya akan membuatkan kita terduduk. Oleh itu, tutuplah kisah lama dan mulakanlah kisah baru. Apa yang penting adalah bagaimana anda membina kekuatan melupakan masa silam dan “move on” yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ia berkenaan bagaimana kita menerima hakikat; apa yang terjadi memang diluar kawalan kita.
“Move on” dan melupakan masa silam bukanlah satu perkara senang untuk dibuat.
Sekali saja hati kita terluka, sakitnya kita sendiri yang kena buang dan akan membekas selama-lamanya. Menyembuhkan luka itu, adalah satu perjalanan yang amat sukar dan penuh dengan air mata. Tapi percayalah, setiap apa yang berlaku pasti atas kehendak-Nya. Jika anda terus tabah dan cekalkan hati untuk terus bertahan dalam proses “move on” ini, maka perjalanan yang sukar tapi indah ini akan mengajarkan anda perkara-perkara ini:
1. Hidup tetap berjalan. Walaupun anda pilih untuk kekal dengan kisah silam.
Jadi mengapa kita pilih untuk perkara yang merugikan?
Perubahan yang paling hebat berlaku dalam hidup anda adalah apabila anda membuat keputusan untuk mengambil alih perkara yang anda boleh kawal, bukannya terhadap perkara yang anda tiada kuasa keatasnya. Ada perkara yang ada dalam genggaman. Ada perkara yang tak dapat kita capai. reda, Tuhan tahu apa yang lebih baik.
2. Ada sebab untuk kita terus bersyukur
Hidup kita kita tidak selalunya mudah, tapi pasti anda sebab untuk kita selalu bersyukur.
Dan anugerah terbesar dalam hidup adalah; semakin kita bersyukur, semakin kita akan nampak hikmah terhadap setiap perkara yang terjadi.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
3. Ujian dan kesakitan akan membentuk kematangan kita
Optimislah dengan ujian.
Itu hadiah Tuhan. selalunya, halangan terbesar dalam kematangan hidup yang perlu anda atasi adalah fikiran anda sendiri.
Belajarlah menjadi bijak. Cukup bijak mengelakkan diri daripada semua bisikan-bisikan di sekeliling anda. Beri tumpuan kepada apa yang penting.
Mulakan untuk membuat perkara yang betul dari awal.
4. Bagaimana untuk melupakan masa silam dengan senang?
Tidak semudah yang disangka.
Sebab, terkadang perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Rahsia untuk move on dengan senang dan tenang adalah dengan memfokuskan segala tenaga anda bukan untuk membaiki dan memadam perkara lalu, tetapi membina dan hidup dengan perkara baru. Jangan lagi merungut, jangan lagi cuba untuk mencantum kembali serpih-serpih harapan yang telah hancur itu.
5. Bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara?
Anda sentiasa boleh mengawal cara anda bertindakbalas terhadap setiap perkara yang berlaku.
Dan bagaimana anda bertindak dengan tenang dan matang, itu adalah kekuatan anda yang sebenarnya. Sentiasa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan. Jangan bertindak terburu-buru. Sering kali kita memutuskan perkara apabila kita sedang marah atau tertekan dan ianya mendorong untuk membuat keputusan yang sia-sia.
Kita kena banyak bersabar.
6. Kita mesti melepaskan perkara yang tidak pasti.
Bersedialah menempuhi hidup dengan hati yang terbuka, ia lebih mudah berbanding kita selalu menentangnya.
Cabaran terhebat adalah untuk menerima diri dan kehidupan kita sendiri seadaanya, tetapi jangan pernah berhenti belajar untuk mengembangkan kesemua kebolehan kita.
“Growth and change may be painful sometimes, but nothing in life is as painful as staying stuck where you don’t belong”.
7. Belajar daripada kesilapan lepas
Sebenarnya, perkara yang sukar adalah bukan untuk melepaskan masa silam, tetapi kita takut untuk memulakan kembali hidup kita.
“Past is the past. Learn from it and begin again. This time always pray God will shows you better way.”
8. Hati anda mungkin pernah hancur berkecai, hancur sehancur-hancurnya.
Tetapi Tuhan itu Maha Adil dan Maha Penyayang, hati anda pasti tetap akan beransur-ansur pulih dan dapat merasakan keindahan hidup sekali lagi.
Hidup ini sentiasa berubah-ubah, kekecewaan itu selalu datang silih berganti. Apabila ada seseorang pergi dari hidup anda, pasti ada seseorang yang lain pula akan tiba. Anda pasti akan merasa hidup semula nanti.
“Things change. People change. Circumstances change.”
9. Hanya anda boleh mengawal diri anda
Melepaskan masa lalu tidak bermakna anda telah tidak lagi peduli tentang orang lain, tetapi ia cuma anda telah sedar bahawa satu-satunya perkara yang anda boleh kawal sekarang ini adalah diri anda sendiri.
“Being positive doesn’t mean you choose to ignore life’s problems. It means you trust the Almighty will find a way out if you do your best.”
10. Apa perkara yang perlu kita tinggalkan
Dalam kebanyakkan masa, kita tidak boleh menenangkan ribut yang melanda – tidak berbaloi untuk mencubanya.
Apa yang kita boleh buat adalah menenangkan diri kita sendiri, dan ribut itu akan berlalu pergi.
Ia bukan bermakna kita lari dari masalah, tetapi membawa diri melihat setiap masalah itu dari sudut yang berbeza.
Apabila kita semakin meningkat usia dan lebih matang, kita mula sedar apa yang kita perlukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.
Kadang-kadangkala melangkah keluar dari sesuatu perkara adalah satu langkah ke hadapan.